GARIS PANDUAN PENULISAN JAUHAR
- JAUHAR menerima ulasan kritis ke atas buku atau artikel ilmiah (jurnal, bab dalam buku atau artikel prosiding).
- Keutamaan JAUHAR adalah ulasan ke atas karya-karya bersifat ilmiah.
- Karya-karya separa ilmiah atau popular juga diterima untuk ulasan. Akan tetapi kuota untuk ulasan sebegini terhad kepada 30% dalam setiap penerbitan JAUHAR.
- Pengulas boleh mengulas karya-karya ilmiah tanpa mengira tahun penerbitannya.
- Pengulas boleh mengulas karya-karya ilmiah dari pelbagai bidang termasuk sains, kejuruteraan dan teknologi.
- Ulasan boleh dibuat dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Arab.
- Jumlah maksimum penulis untuk ulasan adalah tiga (3) orang.
- Artikel ulasan harus mengandungi perkara-perkara berikut:
- Pada permulaan ulasan perlu dibincangkan kekuatan umum sesebuah karya ilmiah yang diulas bagi memperlihatkan kepentingannya dalam disiplin atau bidang kajian tertentu.
- Pengulas perlu secara kritis dan adil memberikan komentar tentang kekuatan dan kelemahan khusus (jika ada) dalam karya ilmiah yang diulas.
- Ulasan bersifat rumusan atau sinopsis ke atas karya ilmiah mestilah tidak melebihi 50% daripada keseluruhan perbincangan.
- Pengulas perlu menonjolkan idea-idea utama, penemuan atau hujah-hujah baharu dalam bahan ilmiah yang diulas.
- Pengulas digalakkan membuat perbandingan atau rujukan silang ke atas karya-karya ilmiah lain yang berkaitan.
- Pengulas mesti menyenaraikan bibliografi sekiranya rujukan dibuat ke atas karya-karya lain.
- Panjang ulasan adalah antara 2000 hingga 2500 patah perkataan.
- Artikel ulasan yang diterima akan melalui tempoh pewasitan selama dua (2) minggu oleh seorang pewasit.
- Format penulisan artikel ulasan adalah seperti berikut:
- Saiz dan jenis tulisan : 12 Times New Roman.
- Jarak baris : 1.0 dan “Justify.”
- Jidar [Margin], jarak tepi kiri, kanan, atas bahawa ialah 1 inci.
Contoh penulisan boleh dimuat turun di sini
\