Pusat Pengajian Teras telah menandatangani MoU dengan Kolej Dar al-Hikmah (KDH) dalam Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan (PASAK2016). Rentetan daripada itu, kedua-dua belah pihak bersetuju untuk bekerjasama dalam penerbitan Jurnal Ulasan Buku (JAUHAR).
JAUHAR (Jurnal Ulasan Buku) merupakan artikel ulasan buku ilmiah. Buku-buku yang diulas merangkumi bidang ketamadunan, pendidikan, pengajian Islam, undang-undang, politik, sejarah, bahasa dan kesusasteraan, sains dan teknologi maklumat, ekonomi, dan perbankan.
Pada asalnya, Jurnal Ulasan Buku ini diuruskan dan diterbitkan oleh Kolej Dar al-Hikmah, dengan nama JAWHAR. Kedua-dua pihak bersetuju untuk menguruskan penerbitan Jurnal Ulasan Buku yang baharu, dengan nama JAUHAR. Pengurusan ini melibatkan kakitangan akademik PPT dan Akademi Kajian Ketamadunan, KDH. Pihak KDH bersetuju meletakkan pengurusan penerbitan JAUHAR di bawah Penerbit KUIS. Jurnal ini diterbitkan secara berkala sebanyak 2 kali setahun iaitu pada bulan Mac dan Oktober.