UTAMA

Jurnal Al-Qiraat adalah jurnal akademik yang diterbitkan secara berkala (tahunan) oleh Jabatan Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Ia mula diterbitkan pada tahun 2017. Jawatankuasa Penerbitan Jurnal al-Qiraat telah memutuskan untuk menerbitkan jurnal 2017 dan tahun-tahun yang berikutnya dalam bentuk jurnal atas talian atau e-jurnal.

Artikel yang diterbitkan adalah yang berkaitan dengan tema Pengajian al-Quran dan al-Qiraat yang ditulis dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Tujuan penerbitan jurnal adalah untuk mengembangkan bidang al-Quran dalam cabang-cabangnya seperti yang telah disebutkan. Ia diharap dapat menjadi medium keapda ahli akademik untuk membentangkan pandangan mereka dalam bidang kepakaran masing-masing. Artikel-artikel jurnal yang diterbitkan sesuai dijadikan bahan bacaan dan sumber rujukan ahli akademik, mahasiswa dan pengkaji.