JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH (JSASS)

JSASS: THE JOURNAL OF HUMANITIES AND SOCIAL SCIENCE

 

Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah (JSASS) merupakan jurnal berindeks terbitan Pusat Pengajian Teras, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. JSASS merupakan jurnal yang diindeks oleh Pusat Sitasi Malaysia di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi dan UDLEDGE Sdn Bhd. Kualiti JSASS dipantau oleh Jawatankuasa Penerbitan Jurnal KUIS di bawah kendalian Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) KUIS.

 

Penerimaan artikel dalam kalangan ahli akademik, para penyelidik dan pelajar-pelajar siswazah yang berupa Kertas Konsep atau Hasil Penyelidikan dari dalam dan luar negara adalah menjurus dalam bidang Kemanusiaan dan Sains Sosial sahaja. Bahasa yang diterima dalam artikel bagi tujuan penerbitan JSASS adalah dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.

 

Di antara sub bidang dalam kumpulan Kemanusiaan dan Sains Sosial adalah merangkumi ilmu Kenegaraan dan Kepimpinan, Pendidikan, Sejarah, Ketamadunan dan Falsafah, Antropologi dan Sosiologi, Bahasa, Sastera dan Linguistik, Ekonomi,  Pengurusan dan Pembangunan, Undang-Undang dan Pentadbiran, Agama dan Pemikiran, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Isu-Isu Sosial, Alam Sekitar dan Antarabangsa.

 

Setiap artikel perlu mengikut syarat-syarat dan format yang telah termaktub dalam Polisi JSASS. Setiap artikel akan diwasit sama ada oleh pewasit yang dilantik dan berkepakaran dari dalam mahupun luar negara mengikut bidang penulisan. Setakat tahun 2017, JSASS telah mendapat nasihat antarabangsa dari panel Brunei, Qatar dan Indonesia. Manakala sidang editorial terbahagi kepada dua kumpulan utama iaitu editorial dalaman KUIS yang dilantik untuk menguruskan JSASS dan editor lantikan dari luar KUIS.       

 

Kekerapan penerbitan jurnal ini adalah sebanyak dua kali setiap tahun iaitu pada bulan Jun dan Disember di mana penerbitan yang pertama adalah pada Disember 2014. Selain terbitan secara berkala, bermula tahun 2017 terbitan JSASS Edisi Khas pada bulan September juga diperkenalkan. Edisi Khas ini mensasarkan artikel-artikel terpilih dalam seminar-seminar yang dianjurkan oleh Pusat Pengajian Teras atau KUIS atau Institusi Pengajian Tinggi yang berkolabirasi dengan pihak JSASS.   

 

Aspirasi JSASS adalah menyuburkan budaya ilmu dengan memberi ruang dan peluang kepada semua pihak untuk berkongsi idea, dapatan dan kepakaran melalui medium JSASS. Inspirasi kami adalah untuk menjadikan JSASS sebagai salah satu jurnal yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa. Saban tahun dan setiap kali edisi baharu yang diterbitkan, sidang editorial akan cuba melakukan yang terbaik dan sedaya upaya menjaga kualiti agar amanah ilmu ini dapat dimanafaatkan kepada khalayak.

 

JSASS boleh diakses secara bercetak dengan No ISSN: 2462 1692 di Perpustakaan atau secara maya dengan melayari website: http://journal.kuis.edu.my/jsass (No e-ISSN: 2289 8042) atau didapati terus di Pusat Pengajian Teras, KUIS (No Telefon 603-89117000 @ http://ppt.kuis.edu.my/

 

Dr Hairol Anuar Hj Mak Din

Ketua Editor

Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah

Merangkap

Dekan Pusat Pengajian Teras

KUIS